ShareThis to the world!

Scarlett Johansson Bertunang Dengan Wartawan

Scarlett dan Romain masih belum menentukan tarikh perkahwinan mereka.
PELAKON Scarlett Johansson dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan Romain Dauriac selepas hampir tiga tahun bercerai dengan aktor Ryan Reynolds.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh jurucakap kepada pelakon filem Avengers itu selepas berita berkenaan menjadi topik perbualan laman-laman gosip di Hollywood.
"Apa yang boleh saya katakan mereka telah bertunang dan masih belum berbincang tentang tarikh perkahwinan," ujarnya ringkas kepada AFP.
Dauriac seorang wartawan dari Perancis telah melamar pelakon berusia 28 tahun itu sebulan lalu dalam suasana romantik.
Awal minggu ini, pelakon itu dilihat mengenakan sebentuk cincin pertunangan semasa mempromosikan filem terbaharunya Under The Skin pada Festival Filem Venice di Itali.
Scarlett telah berkahwin dengan Ryan pada tahun 2008 tetapi berpisah secara baik pada 2010.
sumber:Mstar online

Related Post

  • Libasan sabit penyamun Miri:“Penjenayah bertindak ganas apabila melibas sabit ke arah suami dan nyaris mengenai saya serta anak lelaki berusia…
  • Cari jodoh dengan iklan belakang kereta Orlando: Seorang lelaki dari Florida, Amerika Syarikat yang terdesak ingin mencari calon isteri berbuat demikian dengan…
  • Ajal potong pokok Petaling Jaya: “Boleh diibaratkan hidup matinya diabadikan di tempat tinggalnya sejak kecil walaupun dia sudah berpinda…
  • Cinta murtad Kuala Lumpur: Hanya disebabkan mencintai kekasih berlainan agama, seorang wanita berusia 24 tahun tergamak membiarkan a…
  • Pawagam filem lucah di Pakistan GAMBAR yang dirakam pada 19 Disember lalu menunjukkan penjaja dan pejalan kaki berhimpun di luar pawagam Shama di Pesh…
0 Komentar untuk "Scarlett Johansson Bertunang Dengan Wartawan"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info