ShareThis to the world!

Izara Aishah akui sudah berpunya


Pelakon jelita Izara Aishah yang popular dengan filem "Vanilla Coklat" akui dirnya sudah berpunya dan kekasihnya itu bukanlah seorang selebriti tetapi adalah seorang ahli perniagaan yang dikenali sejak bangku sekolah.

Tambah pelakon kacukan Pakistan ini dia tidak mahu berselindung tentang perkara ini dan berjanji apabila naik pelamin kelak dia akan menjemput para media.

"InsyAllah kalau saya kahwin nanti, saya akan berterus terang. Saya akan jemput semua media datang. Tapi, saya tak nak media buat rakaman, ambil gambar saya dan sebagainya. Pendek kata, media pada hari itu jangan bekerja.

"Saya tak nak anda semua tertekan di majlis saya nanti. Saya nak semua orang bergembira pada hari perkahwinan saya dan saya rancang umur 27 baru nak kahwin." Katanya seperti dipetik portal hibutan tempatan.

Sementara itu, Izara atau nama penuhnya Izara Aishah Hashim yang berusia 21 tahun ini mula dikenali selepas mendapat tempat kedua finalis Dewi Remaja edisi 2009/2010 dan semakin popular apabila membawa watak Azlin dalam drama siri "Oh My English".

Dalam perkembangan lain, duta Innershine ini juga bakal muncul dengan telemovie khas sempena Aidiladha yang disiarkan di TV3 pada 15 0ktober nanti berjudul "Cinta Mat Semprit" yang turut dibarisi pelakon Ariel Zafrel.


sumber:Tupai.com
0 Komentar untuk "Izara Aishah akui sudah berpunya"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info