ShareThis to the world!

Ulasan "Longkai"


Bintang
Keseluruhan: 3.5 bintang
Pelakon: 4 bintang
Plot: 3.5 bintang
Efek: 3 bintang
Sinematografi: 4 bintang

Tonton filem ini jika anda suka "Budak Pailang", "Dampak", "Langgar"

Filem "Longkai" ini ialah sebuah filem yang merupakan arahan kedua oleh Hashim Rejab selepas filem pertamanya "Budak Pailang". Filem ini diterbitkan oleh Metrowealth dan merupakan filem ke-84 terbitan syarikat itu.

Filem yang bergenrekan aksi dan romantik ini dibarisi para pelakon hebat dan mantap hasil gabungan pelakon baru dan lama seperti Faizal Hussien, Erra Fazira, dan bintang baru yang meningkat naik dan berbakat besar seperti Wawa Zainal, Niezam Zaidi, Azwan Kombos dan Dira Abu Zahar. Pendek cerita filem ini banyak dibarisi nama-nama besar yang mana walaupun hanya muncul dua atau tiga babak tetapi watak mereka menjadi dan berjaya mencipta impak.


Filem ini mengisahkan kisah hidup pemandu-pemandu trak tunda yang mana sentiasa berebut untuk mendapatkan pelanggan sehinggalah mereka terpaksa bergaduh dan melakukan benda yang tak sepatutnya seperti sabotaj kereta orang lain untuk mendapatkan pelanggan.


Selain itu, lakonan otai Faizal Hussein masih lagi berbisa dengan aksi lawannya serta lakonan mantapnya membuat penonton terhibur dan tidak percaya pelakon itu sudah berusia lewat 40an. Tidak lupa juga Erra Fazira yang sudah lama tidak berlakon namun watak beliau dalam menjiwai babak sedih nampak menjadi dan terbukti beliau adalah pelakon yang sentiasa berjaya dalam apa jua watak yang diberi.


Namun begitu, jalan cerita yang agak lembab membuatkan kadangkala penulis menguap seketika tetapi apa yang boleh dibanggakan dalam filem ini ialah aksi lawannya yang 'real' dengan bunyi dan efeknya seperti seolah-olah mereka seperti benar-benar bergaduh dan pelakon baru seperti Niezam Zaidi sangat berkesan dan lakonan beliau dalam filem ini juga boleh dianggap terbaik dan cemerlang.


Filem "Longkai" adalah sebuah filem aksi yang wajib ditonton penonton kerana filem ini pastinya menjanji aksi yang hebat antara dua kumpulan yang berebut satu sama lain dan jika anda mahukan filem yang bukan sahaja penuh dengan aksi tetapi terselit pengajaran anda harus menjadikan filem ini adalah pilihan utama.


Apa-apa pun, keseluruhannya penulis berpuas hati dengan jalan penceritaannya walaupun ada sedikit kekurangan tetapi boleh dikatakan filem ini bukan menonjolkan imej ganas pemandu trak tunda itu tetapi yang cuba disampaikan ialah kemelut dan kesusahan yang terpaksa dipikul oleh mereka yang terlibat dengan kerja sebegini yang memerlukan keberanian dan kecekapan dalam menghadapi segala situasi. Kesimpulannya sokong filem Melayu , filem ini pasti akan membuat anda terhibur.

sumber: Tupai.com
0 Komentar untuk "Ulasan "Longkai""

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info