ShareThis to the world!

Sharnaaz Ahmad Bertumbuk Dengan Orang Awam Di Ampang?

sharnaaz gaduh



Pelakon berbakat besar Sharnaaz Ahmad menyangkal dakwaan yang mengatakan dia bertumbuk dengan seorang orang awam di Ampang baru-baru ini.
“Janganlah menuduh saya sembarangan. Apapun saya terima gosip ini sebagai dugaan dalam hidup dan siapalah yang buat cerita ini tanpa bertanya pada saya dahulu? Saya tak buat perkara itu,” katanya
Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 28, dia kini sudah mampu mengawal emosinya dan tidak lagi bertindak melulu seperti bergaduh tanpa sebab munasabah.

Saya tidak akan memukul orang tanpa sebab dan akan bawa berbincang dahulu jika sesebuah masalah itu timbul. Perasaan marah saya kini sudah boleh dikawal dan jujur dahalu saya seorang pemarah dan cepat naik angin tetapi manusia itu boleh berubah.”
Sebelum ini mengikut sumber dipetik dari akbar mingguan bekas kekasih penyanyi Shila Amzah itu telah bergaduh dengan pengguna jalan sehingga menyebabkan lelaki itu cedera teruk malah pelakon itu turut terkena tumbukan.
Dalam perkembangan lain, Sharnaaz bakal terbabit dengan penggambaran drama 60 episod yang akan ditayangkan di Astro Mustika.

sumber:mummynemo.com

0 Komentar untuk "Sharnaaz Ahmad Bertumbuk Dengan Orang Awam Di Ampang?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info