ShareThis to the world!

Mertesacker ajak rakan belasah City

LONDON - Pemain pertahanan Arsenal, Per Mertesacker mencabar pasukannya untuk membuktikan kualiti menjuarai Liga Perdana England musim ini menjelang pertemuan hangat menentang Manchester City, malam ini.

Kekalahan 0-2 di tangan Napoli masih segar dalam ingatan skuad kendalian Arsene Wenger bakal berkunjung ke Eastland.

Keputusan itu juga menyaksikan ramai pengkritik mendakwa The Gunners masih tidak memiliki keupayaan untuk menjuarai Liga Juara-Juara musim ini biarpun telah berjaya mara ke pusingan kalah mati.

Ia gara-gara Arsenal yang memerlukan satu mata ketika menentang Napoli untuk muncul sebagai pendahulu Kumpulan F, sekadar menduduki tempat kedua kumpulan.

Kini, The Gunners dijangka menentang Barcelona, Bayern Munich, Real Madrid, Paris St. Germain (PSG) atau Atletico Madrid untuk aksi pusingan kalah mati.

Kekalahan itu juga menyaksikan rentetan prestasi hambar Arsenal selepas sekadar seri 1-1 ketika menentang Everton sebelum aksi menentang Napoli.

Apa yang pasti, kekalahan di tangan The Citizens yang memegang rekod tanpa kalah termasuk meledak 29 gol di laman sendiri musim ini, harus elakkan jika The Gunners berhasrat untuk mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga.

Mengulas lanjut, Mertesacker mengetahui kritikan tersebut bakal menguatkan lagi semangat Arsenal dalam usaha menamatkan kemarau trofi selama lapan tahun.

"Baru sekarang ramai pihak mula mempersoalkan kumpulan (Liga Juara-Juara) kami dan jika ditanya adakah Arsenal mampu bertahan dalam peringkat ini, saya akan jawab 'benar, kami sudah cukup kuat'.

"Ia akan menjadi aksi lebih sukar terutama selepas mengharungi 15 perlawanan dalam liga.

"Jika kamu fikir kamu memiliki peluang terbaik untuk melakukan kejutan pada musim ini, kamu juga harus mengekalkan momentum persembahan dan itulah yang paling mustahak," katanya. - AFP

0 Komentar untuk "Mertesacker ajak rakan belasah City"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info