ShareThis to the world!

Nga Kor Ming Biadap Persenda Najib, Rosmah



Laman blog beliabangkit.blogspot.com mendedahkan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming bertindak biadap apabila memaparkan gambar Mursyidul Am Pas, Nik Aziz dan Ustaz Azhar Idris beserta kapsyen Ho! Ho! Ho! Ho!; dipercayai merujuk kepada Santa Claus yang sinonim dengan perayaan Krismas.


Pemeriksaan di laman Twitter orang kuat DAP tersebut bagaimanapun tidak menemukan pos berkenaan.

Begitu pun, Nga Kor Ming dilihat ada memuatnaik satu gambar yang boleh dikata kritikan murahan terhadap Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak.

Gambar itu menyamakan Najib dan isteri, Datin Rosmah sebagai pasangan kekasih ‘badak dan kuda belang’ dalam filem animasi Madagascar.


Apabila ditegur oleh pengikut di Twitter dan Facebook bahawa tindakannya itu memalukan, Nga Kor Ming hanya menjawab dengan nada mengejek.


Sebenarnya tidak kiralah apa fahaman politik sekalipun, apabila sesuatu isu yang menguntungkan rakyat dibawa ke tengah bersama fakta maka ia menjadikan politik sesuatu yang bermanfaat.

Namun apabila serangan lebih berunsur peribadi terutama melibatkan fizikal dan penampilan seseorang, ahli politik yang melakukannya patut berasa malu kepada kanak-kanak! – REM RAMZI




sumber:siakapkeli.com
0 Komentar untuk "Nga Kor Ming Biadap Persenda Najib, Rosmah"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info