ShareThis to the world!

SEGERA: Pemilik Akaun Facebook Hasut Guling Kerajaan Ditahan



KUALA LUMPUR – Polis pada Khamis menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada 11 pagi di Saratok, Sarawak.

“Suspek yang merupakan seorang penganggur kini dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan,” katanya dalam catatan di laman Facebook Polis Diraja Malaysia.

Hadi Ho berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen. – BERNAMA
0 Komentar untuk "SEGERA: Pemilik Akaun Facebook Hasut Guling Kerajaan Ditahan"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info