ShareThis to the world!

Bersilat Depan Pokok Sena, 32 Pelajar Termasuk Guru Diserang Histeria



Alor Setar: “Anak saya beritahu dia ternampak kelibat lembaga wanita merayau-merayau di kawasan tangga sebuah blok bangunan berhampiran kelas mereka sambil mengajaknya bermain-main menyebabkannya terus menjerit dan ia ‘berjangkit’ kepada pelajar lain.”

Ibu kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang enggan dikenali itu berkata, anaknya tidak sedarkan diri selepas mendakwa melihat kelibat berupa wanita berkenaan.

Dalam kejadian jam 9 pagi, semalam, sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi, Pokok Sena, di sini, bertukar gempar apabila kira-kira 30 pelajar perempuan tingkatan dua, tiga dan lima serta dua guru wanita berusia 20-an diserang histeria.

Kejadian dipercayai bermula daripada seorang pelajar perempuan sebelum berjangkit seorang demi seorang hingga mereka terpaksa dibawa ke surau sekolah untuk dipulihkan.

SEORANG pelajar ditenangkan rakan dan guru selepas diserang histeria, semalam.

SEORANG waris memapah pelajar diserang histeria.
Berikutan kejadian itu, seorang pelajar perempuan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, dipercayai akibat kancing gigi. - Harian Metro
0 Komentar untuk "Bersilat Depan Pokok Sena, 32 Pelajar Termasuk Guru Diserang Histeria"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info