ShareThis to the world!

Tarik Balik Saman Terhadap Tian Chua – Tindakan Rauf, Tengku Adnan Dan Hafarizam Yang Tidak Terampun



Sudah baca alasan-alasan mengarut yang diberikan beberapa pemimpin UMNO selepas menarik balik saman terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.

Kalau tak, taip aje nama-nama macam Rauf, Tengku Adnan, Hafarizam, Tian Chua di Google dan segalanya akan keluar termasuk macam mana peguam UMNO cuba nak memperbodohkan lagi ahli-ahli UMNO selepas buat benda yang menyakitkan hati semua.

Kalau tak nak teruskan dengan saman, baik jangan jadi hero dari hari pertama.

Ni masa sebelum pilihan raya, masa isu Lahad Datu tengah panas dan Tian Chua buat kenyataan yang bikin hati ramai orang panas, masa tu melompat nak jadi hero nak saman.

Bila tiba masanya, boleh tarik balik dengan alasan-alasan bodoh tak masuk akal langsung.

Walaupun cuba-cuba dijawab oleh Tengku Adnan dan Hafarizam, namun persoalan mash tetap sama…MENGAPA TARIK BALIK SAMAN TU?

Ye ke Tian Chua mohon maaf atas kenyataan mengatakan apa yang berlaku di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO?

Tengok tweet kat bawah ni… dia kata dia tak mohon maaf


Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Diperbodohkan dua kali ke?

Cuba tengoklah sikit kalau puak pembangkang dapat peluang… jarang sekali nak selesai luar mahkamah.

Tengok macam mana diaorng kerjakan Utusan Malaysia… sampai hendak terduduk la akhbar itu.

Ni yang dalam UMNO, dapat peluang saman… dengan muka cam bagus gi selesai luar mahkamah. Lepas tu diperlekehkan balik oleh orang macam Tian Chua…

Tolong jangan lagi bagi alasan-alasan bodoh… tak larat telinga nak dengar… kalau malas nak naik turun mahkamah, jangan sebut saman dari mula lagi.

UMNO ni bukan milik pemimpin, ia milik semua ahli. Jadi dengar suara ahli dan bukannya suara Rauf atau Tengku Adnan semata-mata.




sumber:siakapkeli.com
0 Komentar untuk "Tarik Balik Saman Terhadap Tian Chua – Tindakan Rauf, Tengku Adnan Dan Hafarizam Yang Tidak Terampun"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info