ShareThis to the world!

Ziana Zain Dinasihati Oleh Anaknya Supaya Bertudung

Tinggi sungguh kesedaran anak sulung Ziana Zain yang bernama Aiman ini. Baru berusia 14 tahun, Aiman yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam sering menasihati ibunya agar menutup aurat dengan memakai tudung. Ziana Zain menerima nasihat anaknya dengan hati yang terbuka. Bagus sungguh anak Ziana Zain ini. Thumbs up!!!
ziana zain
Kata Ziana Zain menerusi portal GUA:-
Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; “bila Mama nak pakai tudung’? Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita.
Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana
ziana zain bertudung
Manalah tahu satu hari nanti nasihat Aiman akan mengubah pendirian si ibu. Teruskan menasihati ibu anda. Insya Allah suatu hari nanti akan ada kesannya. Apa pun,  tak sabar nak melihat gabungan Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira di dalam konsert mereka bertiga bermula 3 hingga 9 Mac di Istana Budaya. Confirm akan membangkitkan nostalgia punya. Terbaik!!!



sumber: Beautifulnara.com
0 Komentar untuk "Ziana Zain Dinasihati Oleh Anaknya Supaya Bertudung"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info