ShareThis to the world!

VIDEO : Pemuda Syria Syahid Ditembak ‘Sniper’



BEGITU payahnya keadaan rakyat di sesebuah negara yang sedang bergolak untuk mendapatkan kembali keamanan kerana peperangan lebih-lebih lagi apabila ianya berlaku akibat pertembungan dua pihak dalam sebuah negara yang sama.

Para pemuda di Syria sekarang ini sedang bergelut dan bertempur dengan tentera dari kerajaan Presiden Syria Bashar Al-Assad dalam usaha menggulingkan pemimpin zalim itu.

Ribuan rakyat Syria terutamanya golongan muda lelaki telah terkorban dalam perjuangan ini dan mudah-mudahan mereka dikurniakan Allah syahid dalam mempertahankan agama Islam.

Di Facebook Islam Agama Ku, dikongsikan satu video bagaimana seorang belia dari Syria yang sedang berperang dengan tentera rejim Al-Assad terbunuh apabila ditembak oleh penembak tepat.

Lelaki itu, Abdullah yang berjuang bersama Free Syrian Army (FSA). terus rebah dan tidak bergerak lagi sebaik peluru terkena kepalanya disambut oleh teriakan ucapan dua kalimah syahadah dan laungan ‘Allah Maha Besar’ oleh rakannya dan terus meriba tubuhnya yang sudah tidak bernyawa.

Abdullah ketika itu sedang cuba mencari lokasi terbaik bagi melepaskan tembakan menggunakan senjata pelancar roket (RPG) sebelum kelibat beliau disedari oleh penembak tepat lantas menembak mati beliau. – IBNU K
0 Komentar untuk "VIDEO : Pemuda Syria Syahid Ditembak ‘Sniper’"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info