ShareThis to the world!

Guru Risau Atap Sekolah Bocor, Dinding Retak Seribu



Benarkah masih ada sekolah yang sedaif ini di Malaysia?

Menerusi status yang dimuatnaik seorang guru yang mengajar di SK Kg Simunul, Semporna, Sabah di laman Facebook ada bangunan sekolah tersebut amat uzur dengan atap sudah berlubang sana sini dan mengalami keretakan dinding.


Walaupun banyak aduan sudah dibuat kepada pelbagai pihak cuma atap kantin dan Blok C sahaja didakwa digantikan tahun lepas, manakala bangunan lain yang sudah retak sampai terpaksa gunakan penahan masih belum dibaiki.

Akibatnya kelas di bangunan itu dikosongkan kerana banjir bila musim hujan dan murid-murid terpaksa menumpang di dewan, surau dan bengkel untuk terus mengikuti pembelajaran. Sudah tentu, ini mengurangkan keselesaan buat murid mahu pun guru.

Guru-guru dikatakan terpaksa menelan perasaan risau dan buat-buat berani depan murid sedangkan dalam hati, takut jika bangunan sekolah runtuh.

Jika perkara ini benar, maka sesuatu harus dilakukan segera kerana ia melibatkan soal keselamatan dan nyawa.

YB kawasan berkenaan tu, diharapkan bukan sahaja turun padang bagi meninjau permasalah rakyat di kawasan anda tetapi usahakan juga supaya ia diselesaikan segera. - REM RAMZI
0 Komentar untuk "Guru Risau Atap Sekolah Bocor, Dinding Retak Seribu"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info