ShareThis to the world!

Jep Balas Kenyataan Shahrol Shiro


Nampaknya perang dingin antara Jep dan Shahrol semakin mendapat perhatian ramai pihak. Selepas Shahrol meluahkan rasa hati kepada wartawan (klik sini) , kini wartawan pula berjaya mendapatkan kenyataan balas dari Jep.

perang dingin antara Jep dan Shahrol, kenyataan balas dari Jep Sepahtu, hiburan, gossip, info, pelawak , pelakon

Kata Jep, beliau amat pelik dengan dakwaan dari Shahrol yang sememangnya tiada jawapan. Pertamanya, soalan Shahrol dipulau rakan peserta, Jep berkata patut tanya kepada semua rakan peserta pelawak, bukan dia. Jep juga berkata sebenarnya Shahrol yang menjauhkan diri dengan semua peserta.
Jep juga menyangkal pembohongan Shahrol dengan berkata Shahrol tak pernah bersemuka atau meminta maaf darinya. Jep juga berkata Shahrol tak perlu meminta maaf sebab memang tiada apa salah pun.

Jep juga pelik kenapa konflik ini berlaku. Tambahnya ini mungkin berlaku kerana perasaan Shahrol Shiro sendiri.

"Saya rasa benda ni timbul disebabkan persepsi peribadi beliau (Shahrol) sahaja sedangkan tiada apa yang berlaku.".


~jom baca kenyataan Shahrol Shiro (KLIK SINI)
perang dingin antara Jep dan Shahrol, kenyataan balas dari Jep Sepahtu, hiburan, gossip, info, pelawak , pelakon

Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com


0 Komentar untuk "Jep Balas Kenyataan Shahrol Shiro"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info