ShareThis to the world!

Tonton Video Ujian Skool of Lawak Minggu Pertama


skool of lawak

Program Realiti Komedi Terbaharu 'Skool of Lawak'  | Astro Warna yang telah memperkenalkan program realiti komedi terbaharu berjudul Skool of Lawak yang bersiaran semalam iaitu 14 Februari 2014.
Bertemakan Komedi Ada Kelas, program ini akan memaparkan pencarian pelawak baharu yang menerapkan elemen pembelajaran ala di sekolah.
Misi program ini bukan sahaja untuk melahirkan pelapis yang mampu membuatkan penonton terhibur tetapi boleh menulis dan merangka struktur sesebuah komedi.
skool of lawakDari kiri; Johan, Fauziah Nawi, Rostam dan Othman Hafsham.
Menerusi rancangan ini, seramai 29 peserta lelaki dan empat wanita terpilih daripada sesi uji bakat yang diadakan di lima lokasi di seluruh negara.
Rostam berkata, mereka yang terpilih turut didedahkan dengan sketsa komedi, penulisan sketsa komedi, asas dan struktur komedi serta tip untuk melakukan sketsa menerusi bengkel Komedi Warna yang diadakan sebelum ini.
"Kesemua peserta akan diberikan tugasan tertentu secara individu mahupun berkumpulan selama 10 minggu berlandaskan format komedi yang ada kelas," katanya.
Dari segi pemarkahan, para peserta akan dinilai berdasarkan cara persembahan dan nilai komedi pada setiap minggu.

"Berbeza dengan cara pemarkahan Raja Lawak iaitu melibatkan 100 peratus undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), program ini membabitkan 70 peratus markah juri dan 30 peratus lagi menerusi SMS,"
Lebih menarik, program kali ini turut menampilkan gandingan baharu dua pelawak terhebat iaitu Johan dan Jepp (Sepahtu) yang lahir menerusi program Raja Lawak Astro selaku pengacara peperiksaan mingguan manakala Yus (SYJ) sebagai pengacara jurnal harian.
Sementara itu, pengarah filem Othman Hafsham, 75, bertindak selaku pengetua program ini manakala pelakon terkenal, Fauziah Nawi, pelawak Sabri Yunus dan komposer Khir Rahman dilantik sebagai tenaga pengajar.
Selain Astro Warna (Saluran 132) rancangan ini boleh juga ditonton menerusi Mustika HD (Saluran 134) bermula pukul 10 malam 
Tonton Video Ujian Skool of Lawak Minggu Pertama 
0 Komentar untuk "Tonton Video Ujian Skool of Lawak Minggu Pertama"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info