ShareThis to the world!

Keith Foo Gembira Belajar Agama Islam


Keith Foo Gembira Belajar Agama Islam
Nama pelakon kacak ini sering meniti dibibir peminat setia siri drama popular ‘Ariana Rose’, malah, kehebatan lakonannya yang berkesan dan penuh emosi menjadikan Keith Foo semakin digilai di Malaysia.
Walaupun namanya kini semakin popular, ada pihak yang menyelar lakonannya memegang watak sebagai Tengku Adam Kamil kerana dia merupakan pelakon bukan Islam.
Namun bagi pelakon berdarah kacukan Cina-India ini, dia bukan sahaja cuba menghidupkan karakter lakonan tetapi bersyukur dapat mendalami agama Islam.
Keith Foo Gembira Belajar Agama Islam
Antara babak lakonan Keith dalam drama bersiri Ariana Rose
Katanya, melalui drama itu, dia bukan sekadar berlakon tetapi dalam masa yang sama dia juga dapat belajar sedikit sebanyak tentang agama Islam.
“Saya banyak belajar tentang agama Islam melalui drama ini. Tidak dinafikan membawa watak sebagai muslim bukan senang, tapi dalam masa sama saya gembira apabila berpeluang mempelajari tentang agama ini.
Malah sebelum masuk ke set, kalau ada babak berdoa, saya banyak bertanya kepada pengarah dan kru produksi tentang setiap pergerakan yang perlu dilakukan supaya tidak berlaku sebarang kesalahan.”
Keith ketika ditemui di tayangan khas ‘Ariana Rose’ sempena  Drama Festival KL berkata, agama Islam bukanlah asing bagi dirinya kerana dia pernah beberapa kali memegang watak sebagai orang Islam ketika berlakon di Indonesia.
“Semasa di Indonesia, saya juga pernah bawakan watak orang Islam dalam beberapa telemovie. Seperti biasa, sebelum melakonkan watak tersebut saya banyak bertanya kepada rakan-rakan kerana saya tahu ia merupakan isu yang amat sensitif.
Kakak saya pun sebenarnya seorang mualaf. Jadi agama Islam tidaklah asing dalam keluarga saya sebab kami dah biasa melihat cara hidup kakak dan abang ipar saya.”
Menafikan dakwaan dirinya sudah tidak laku di Indonesia, pelakon kacak ini memberitahu sudah tiba masa untuk mengembangkan sayapnya di negara sendiri selain mempunyai keinginan untuk sentiasa berada dekat dengan keluarga.
Dalam perkembangan terbaru selepas kejayaan ‘Ariana Rose’, Keith akan memulakan penggambaran telemovie berjudul ‘Di Atas Kertas’ dan ‘Salju Putih’ tidak lama lagi.



sumber: ohbulan.com
0 Komentar untuk "Keith Foo Gembira Belajar Agama Islam"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info