ShareThis to the world!

Wulan Guritno Rindu Beraksi Di Malaysia


Wulan Guritno Rindu Beraksi Di Malaysia
Sudah agak lama tidak melihat kelibat pelakon Indonesia, Wulan Guritno di kaca televisyen tempatan selepas program Maharaja Lawak Mega 2012 menamatkan siarannya setahun yang lalu.
Walaupun pada ketika itu nama Wulan sedikit asing di Malaysia namun penampilannya yang sentiasa kelihatan cantik dan sering memberikan pendapat bernas sewaktu menjadi juri mula menarik perhatian peminat.
Wulan yang ditemui sewaktu Majlis Tayangan Amal DiRaja Permata Hati di Pavillion malam semalam mengakui rindu untuk kembali ke Malaysia.
Wulan Guritno Rindu Beraksi Di Malaysia
Untuk Permata Hati, saya tidak jalani penggambaran di Malaysia, semuanya di Jakarta. Jadi bila dapat tahu filemnya akan membuat tayangan awal, saya yang berkeras untuk ke sini. Saya sendiri rindu sama peminat dan wartawan di Malaysia.
Sebenarnya bagus bila dapat berjalan begini, saya berpeluang untuk berehat dan tidur dengan lena. Kalau di Jakarta, jadual kerja saya sangat padat.
Oleh kerana rindu juga, ibu kepada tiga anak ini menyimpan hasrat untuk bekerjasama lagi dengan produksi Malaysia selepas ini.
Saya harap selepas Permata Hati, akan ada lebih banyak projek kerjasama antara Indonesia dan Malaysia. Atau mungkin saya boleh bawa rakan pelakon di Malaysia untuk melibatkan diri dalam industri perfileman di Indonesia. Supaya filemnya boleh ditayang di sini dan juga di Indonesia. Lebih baik tayang di dua tempat kerana duit lebih banyak masuk.
Wulan Guritno Rindu Beraksi Di Malaysia
Untuk pengetahuan anda, Permata Hati merupakan sebuah filem yang dihasilkan oleh Dato’ Sri Raja Rezza Shah yang menampilkan Zul Ariffin, Elaine Daly dan Wulan Guritno sebagai teraju utama.
Di dalam Permata Hati, Wulan memegang watak sebagai Sandra iaitu ibu tunggal yang mempunyai seorang anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan suami orang.
Filem tersebut masih lagi di dalam proses penambahbaikan sebelum ianya ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan tahun ini.
0 Komentar untuk "Wulan Guritno Rindu Beraksi Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info