ShareThis to the world!

Nabila Fokus Kerja, Tolak Gosip Cinta


Nabila Fokus Kerja, Tolak Gosip Cinta
Sebut sahaja nama pelakon ini, pasti anda terbayang pelbagai kisah kontroversi yang pernah menimpa wanita ini suatu ketika dahulu baik dari kisah percintaan hinggalah kisah keluarganya.
Seakan-akan sudah sebati dengan kontroversi, pemilik nama Nabila Huda Suhaimi atau lebih mesra disapa Abil ini tidak mudah melatah dengan sebarang kontroversi yang menghimpit diri.
Sudah lama kiranya pelakon cantik ini tidak berkongsi kisah percintaannya di laman sosial seperti yang pernah dilakukan sebelum ini. Adakah Abil makan hati dengan peminat atau hanya inginkan privasi?
Nabila Fokus Kerja, Tolak Gosip Cinta
Menurut anak lagenda rock negara ini, dia sudah penat dan enggan memberi sebarang komen berkenaan kisah cinta dan hanya mahu tumpukan pada kerjaya sahaja ketika ini.
Saya sudah letih untuk berkongsi kisah cinta kerana penat untuk menjawab persoalan yang tidak ada kena mengena dengan kerjaya saya.
Mungkin bukan zaman saya lagi untuk bercerita perihal cinta, cerita personal seperti ini mungkin orang lain lebih perlukan. Cukuplah peminat hanya tahu tentang kerjaya, lagi pun, saya tidak mahu perkara yang tak diingini berlaku.
Ditanya adakah Abil mempunyai perancangan meninggalkan dunia hiburan, dia berkata tidak akan sekali-kali meninggalkan kerjayanya sebagai pelakon kerana itu adalah minatnya.
Like i said, saya memang minat menjadi pelakon, cuma ketika ini saya inginkan kehidupan yang normal dan tenang seperti orang biasa. Kehidupan saya kini sederhana dan ia menjadikan saya lebih tenang dan bahagia.
Dalam pada itu, Abil mengakui masanya bersama anak kurang dan berharap Keisha dapat menerima kerjanya bila besar nanti sepertimana dia sendiri faham akan kerjaya bapanya yang merupakan lagenda rock negara.




sumber:ohbulan.com
0 Komentar untuk "Nabila Fokus Kerja, Tolak Gosip Cinta"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info