ShareThis to the world!

OKU gelandangan diselamatkan

Kuala Lumpur: Kesengsaraan sepasang suami isteri bersama empat anaknya termasuk seorang Orang Kelainan Upaya yang hidup melarat di kaki lima berhampiran Medan Pasar, dekat sini, sejak dua minggu lalu berakhir apabila dibantu Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), kira-kira jam 11.30 malam tadi.
Penderitaan pasangan berusia 20 dan 40-an itu mendapat perhatian Pertubuhan Menangani MasalahSosial Malaysia (UNGGAS) apabila mereka dan semua anak berusia lima hingga 10 tahun ditemui tidur di atas bangku simen dan lantai dengan hanya beralaskan surat khabar
Harian Metro difahamkan, mereka hidup gelandangan selepas diarahkan keluar oleh pemilik rumah kerana gagal menjelaskan sewa di sekitar Selangor. 

Justeru, menerusi hasil maklumat, Baitulmal melalui Skuad Jejak Asnaf diketuai Pengurus Bahagiannya Mohd Nizam Yahya turun padang meninjau dan mendapati enam beranak itu masih ‘menghuni’ di lokasi berkenaan.
Foto

Keluarga itu kemudian dibawa menginap sementara di hotel sebelum diberikan bantuan susulan terutama berkaitan sewaan rumah setiap bulan yang akan diuruskan sepenuhnya oleh Baitulmal.



sumber:hmetro.com
0 Komentar untuk "OKU gelandangan diselamatkan"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info