ShareThis to the world!

Pemenang Anugerah Drama Festival KL



Malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang diadakan buat julung kalinya, anjuran TV3 dan TV9 telah berlangsung dengan jayanya sebentar tadi di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Mengiktiraf pemenang dari hasil undian peminat, malam Anugerah DFKL menyaksikan dominasi drama 'Love You Mr. Arrogant' dengan merangkul anugerah utama iaitu Drama Pilihan. Drama tersebut juga menerima dua anugerah lain iaitu Hero & Heroin Pilihan dan Pelakon Lelaki Pilihan.

Dihoskan oleh dua pengacara yang sedang meningkat naik, Sherry Al Hadad dan Zulin Aziz, jom kita semak senarai pemenang bagi Anugerah DFKL:

Drama Pilihan: Love You Mr Arrogant
Pelakon Lelaki Pilihan: Azlee Khairi (Love You Mr Arrogant)
Pelakon Wanita Pilihan: Nur Fathia (Diandra)
Pengarah Pilihan: Raja Ahmad Alauddin (Sebenarnya Saya Isteri Dia)
Penulis Skrip Pilihan: Mufid Suhaimi (Dalam Setiap Sujud)
Pasangan Hero & Heroin Pilihan: Azlee Khairi & Zara Zya (Love You Mr Arrogant)
Barisan Pelakon Pilihan: Sebenarnya Saya Isteri Dia
Drama Pendek Pilihan: Singh Susu
0 Komentar untuk "Pemenang Anugerah Drama Festival KL"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info