ShareThis to the world!

Fear Factor nafi peserta makan bangkai kambing

Kuala Lumpur: Stesen penyiar program Fear Factor Malaysia menafikan produksi program terbabit tidak peka apabila cabaran akhir rancangan itu memerlukan pesertanya memakan bangkai kambing.

Cabaran Parit Bangkai Kambing dalam episod akhir Ahad lalu, menimbulkan rasa kurang senang penonton yang menyifatkan penerbit program itu tidak peka dengan peserta yang rata-ratanya beragama Islam. 


Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, berkata nama cabaran berkenaan hanyalah sekadar gimik kerana daging yang dikehendaki dimakan oleh peserta bukanlah bangkai seperti didakwa. 

Katanya, nama cabaran itu sengaja dipilih sedemikian rupa bagi mewujudkan unsur dramatik, tetapi daging yang digunakan bukanlah bangkai.

Sebaliknya kita memastikan daging yang dimakan adalah halal, malah turut direbus sebelum itu. Bangkai kambing hanya diletakkan dalam parit yang perlu dilalui peserta, bukan pada daging yang mereka makan, katanya.-Bernama
0 Komentar untuk "Fear Factor nafi peserta makan bangkai kambing"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info