“Pada mulanya, seorang daripada kami terjatuh ke dalam sungai dan ketika nak menyelamatkannya, seorang demi seorang jatuh akibat tergelincir dari tebing yang runtuh.”
Demikian kata Mohamad Shahrul Abdul Halim, 14, mengenai tragedi yang menyebabkan lapan rakannya terjatuh ke dalam Sungai Muar dan dikhuatiri lemas di Buloh Kasap, di sini, kira-kira jam 9 pagi semalam,
Sehingga jam 8 malam tadi, mayat tiga daripada mangsa sudah ditemui, manakala usaha mencari lima lagi masih dilakukan pihak berkuasa sehingga jam 11 malam.
Mayat mangsa pertama, Mohd. Hafizul Daniel Norhisham, 16, ditemui pada pukul 3.30 petang, mangsa kedua, Mohd. Zikri Zaidi, 14, ditemui pukul 3.41 petang manakala mayat mangsa ketiga, Mohd. Nazrul Aminuddin Zamri, 16, dijumpai pada pukul 4.22 petang.
Ketiga-tiga mayat mangsa ditemui di dasar sungai yang berlumpur dan banyak kayu pada jarak kira-kira 20 hingga 30 meter dari lokasi mereka tenggelam dan hilang. Ketiga-tiga mayat itu dihantar ke Hospital Daerah Segamat untuk bedah siasat.
Ketiga-tiga mangsa ditemui kira-kira dua meter dari lokasi mereka dikatakan kali terakhir dilihat.
Tragedi itu begitu mengejutkan keluarga semua mangsa yang juga sama-sama menetap di Taman Mewah, Buloh Kasap dan menggemparkan penduduk di sekitar kawasan tersebut kerana melibatkan lapan mangsa sekali gus.
Selepas kejadian itu tersebar, ratusan penduduk kampung termasuk ahli keluarga mangsa datang ke tempat kejadian dan duduk di sekitar kawasan tebing sungai sambil membawa payung dan surat khabar untuk menyaksikan kerja-kerja mencari dan menyelamat sehingga malam ini.
Apabila mayat berjaya ditemui dan dibawa naik ke darat, ada ahli keluarga yang pengsan kerana tidak dapat menahan sedih dan berpuluh penduduk cuba mendekati mayat untuk melihat dengan lebih dekat.
Bagi mengawal keadaan, pihak polis terpaksa memasang garisan kuning sebagai sempadan agar kehadiran penduduk yang ramai tidak mengganggu tugas mencari dan menyelamat serta membawa naik mayat mangsa.
Difahamkan, sebelum ini dua tragedi lemas pernah berlaku di sekitar sungai itu termasuk tahun 2012 tetapi jumlah mangsa hanya dua orang.
ShareThis to the world!
Related Post
Rabecca jual semua baju seksi Rabecca Nur Al Islam < 1 / 3 > SIAPA sangka, sebelum ini pelakon sensasi, Rabecca N…
Jep Sepah Cuba Dalih? Pelik Dengan Dakwaan Sharol ShiroJep Sepah Cuba Dalih? Pelik Dengan Dakwaan Sharol Shiro | Semalam agak kecoh juga bila Sharol Shiro mendakwa Jep S…
Gambar dan punca Hospital Umum Sarawak terbakar petang tadi Blok bangunan baru Hospital Umum Sarawak difahamkan terbakar kira-kira jam 4.22 petang tadi dan …
Pemain bola mati kena tetak Mangsa yang cedera parah diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke HRPB dan disahkan meninggal dunia di hospital&n…
3 Gambar- Artis AF 2013 di Tangkap Curi Basikal Apa la kek dahnya. Seorang bekas bintang Akademi Fantasia 2013 telah ditangkap hari ini kerana mencuri sebuah basikal be…
0 Komentar untuk "[Sadis] 8 Sahabat Lemas, 3 di Temui di Dasar Sungai"