ShareThis to the world!

Suspek Menipu Artis-Artis Tanah Air Akhirnya Berjaya Ditangkap



SUSPEK kes penipuan di kalangan selebriti popular tanah air kini telah pun ditangkap polis petang semalam.

Suspek sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa kes penipuan melibatkan ramai selebriti tanah air dan antaranya ialah produser Raja Azmi.

Pada Mei tahun lalu, Raja Azmi telah membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap lelaki berkenaan berikutan penipuan di sebuah kedai kain Gulatis dan penyalahgunaan namanya sebagai penerbit filem.


Selain Raja Azmi, individu lain yang pernah hampir menjadi mangsa penipuan suspek ialah pengacara Hefny Sahad, 26, dan penyanyi Asfan Shah, 30, di mana kedua-duanya mendakwa suspek telah mengakui dirinya adik kepada pelakon Kavita Sidhu.

Suspek juga pernah cuba menawarkan kontrak untuk sebuah program televisyen dan akan menjalani penggambaran di luar negara bersama beberapa artis.

Antara artis lain yang pernah ditipu pemuda itu ialah Anzalna Nasir, Betty Rahmad, dan Hanez Suraya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed telah mengesahkan tangkapan dibuat terhadap lelaki tersebut pada petang Isnin berhubung satu laporan mengenai kes penipuan.





sumber: siakapkeli.com
0 Komentar untuk "Suspek Menipu Artis-Artis Tanah Air Akhirnya Berjaya Ditangkap"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info