ShareThis to the world!

VIDEO: Penyamun ‘TERGOLEK’ Depan TV3 Lepas 10KM Dikejar Polis!



Petaling Jaya – Tiga lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah sekitar Lembah Klang, ditahan polis selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mereka, dikejar Unit Kereta PERONDA (MPV) sejauh hampir 10 kilometer dari Bandar Sri Damansara sehingga ke Bandar Utama, di sini, semalam

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata. dalam kejadian jam 10 pagi itu, kereta suspek didekati sebuah MPV di Bandar Sri Damansara yang mahu melakukan pemeriksaan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Bagaimanapun, katanya, suspek memecut kereta sebelum dikejar MPV berkenaan dan dibantu beberapa lagi MPV lain.

“ Suspek memecut laju sehingga ke laluan berhampiran bangunan Sri Pentas TV3 dan di situ kenderaannya melanggar pokok sebelum terbabas di jalan.

” Seorang daripada tiga suspek yang berada di dalam kereta cuba melarikan diri, namun suspek terjatuh sehingga cedera di kepala,” – HARIAN METRO

0 Komentar untuk "VIDEO: Penyamun ‘TERGOLEK’ Depan TV3 Lepas 10KM Dikejar Polis!"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info