ShareThis to the world!

China Jangan Hipokrit! Desak Malaysia Dedah Maklumat – Mereka Sendiri SEMBUNYI!



TINDAKAN China yang menuntut Malaysia mendedahkan segala penemuan berhubung misteri kehilangan pesawat MH370 berbeza dengan sejarah negara itu yang terlalu berahsia ketika gempa bumi melanda negara berkenaan di Sichuan pada 2008, kata AFP memetik kenyataan penganalisis.

Perdana Menteri China, Li Keqiang menggesa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan maklumat berkenaan pesawat berkenaan secara berkala dan tepat, lapor agensi berita Xinhua.

Gesaan itu dibuat selepas lebih seminggu apabila ruangan minda pengarang akhbar di China menuntut keterbukaan yang lebih luas daripada Kuala Lumpur dan Malaysia Airlines.

“Kecuali ketelusan itu dapat dipastikan, misi pencarian antarabangsa ini tidak akan berhasil seperti yang diharapkan,” kata komentar Xinhua.

“Ketika berdepan dengan bencana, kejujuran adalah kunci untuk mengelakkan insiden sama berulang kembali,” katanya.

Namun ketika taklimat kepada media, jurucakap Kementerian Luar China Hong Lei enggan mendedahkan maklumat lanjut ketika ditanya beberapa siri soalan berkaitan peranan China dalam misi pencarian itu.

Mampukan China menolak kemungkinan pesawat hilang itu memasuki ruang udara?

Adakah 153 penumpang warga China yang menaiki pesawat itu disiasat?

Adakah China menjalankan misi mencari dan menyelamat di darat termasuk di laut?

Adakah misi mencari dilakukan di wilayah barat Tibet dan Xinjiang, di mana data satelit menunjukkan kemungkinan pesawat terbang ke sana?

Hong enggan mengulas lanjut, sebaliknya berkata,”operasi mencari kini diteruskan, dan kami akan bekerjasama dengan Malaysia untuk lakukan usaha pencarian.” – The Malaysian Insider
0 Komentar untuk "China Jangan Hipokrit! Desak Malaysia Dedah Maklumat – Mereka Sendiri SEMBUNYI!"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info