Baru semalam kami menonton siaran ulangan rancangan 999 yang menyaksikan pihak berkuasa tempatan telah menyerbu sebuah kelab malam di sekitar Bandar Utama minggu lepas.
Menariknya, hari ini menerusi rakan media, Rotikaya, portal tersebut mendakwa bahawa artis yang telah menyambut harijadi pada malam serbuan berkenaan dipercayai Nora Danish.
Gambar diambil dari Rotikaya.com |
Melalui artikel yang sama, portal tersebut turut menyiarkan sekeping gambar sedutan dari video 999 dan juga gambar yang dimuatnaik oleh Nora Danish ke laman Instagram-nya.
Apa yang menarik perhatian kami ialah, kedua-dua kad jemputan itu mempunyai design yang sama, menguatkan lagi spekulasi yang timbul.
Apa pun, pihak kami ketika ini sedang cuba untuk menghubungi Nora Danish untuk mendapatkan kepastian dari empunya diri.-ohbulan.com
0 Komentar untuk "Nora Danish Sempat Larikan Diri Dari Kelab Malam Diserbu Polis"