ShareThis to the world!

Lihat Wajah Nenek Ini




Jika Anda fikir foto dari sebuah majalah Jepun di atas adalah tiga wanita bersaudara, maka Anda salah.

Menurut sebuah laporan, wanita di sebelah kanan dalam foto tersebut sebenarnya seorang nenek bernama Kazuko Inoue, 42 tahun. Sementara dua wanita di sampingnya adalah kedua-dua anaknya dan bayi di dalam foto itu adalah cucunya.

Kazuko adalah pemenang sebuah peraduan kecantikan pada tahun lalu, dan telah mendapat jolokan 'Bimajo' yang bererti 'tukang sihir cantik'.

Dia berkahwin ketika usianya masih 19 tahun dan memiliki anak pertamanya pada tahun yang sama.

Foto Kazuko telah tersebar di laman sosial dan pelbagai forum sejak dia muncul di majalah keluaran Jepun itu. Katanya, 'Kecantikan sesungguhnya adalah kecantikan alamiah'.
0 Komentar untuk "Lihat Wajah Nenek Ini"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info