Kekasih pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd. Romie akan bercerai
secara baik dengan isterinya, Nurliyana Manan jika proses kes tuntutan cerai
secara fasakh pasangan itu ditukarkan dengan permohonan baharu.
Peguam syarie yang mewakili Nurliyana, Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata,
pihak-nya telah mengadakan perbincangan dengan peguam syarie Romie, Rubiah
Jaafar sebelum kes tersebut didengar petang Isnin (semalam).
Menurut beliau, pihaknya bersetuju dengan cadangan Rubiah supaya kes
tersebut diselesaikan secara rundingan dengan kemungkinan besar Romie
akan memasukkan permohonan kes baharu di bawah Seksyen 47
Enakmen Undang-Undang keluarga Islam Selangor 2003 iaitu bercerai
dengan isterinya itu secara baik.
Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin menetapkan 16 Jun depan bagi
mahkamah mengetahui keputusan perbincangan tersebut sama ada Romie
akan memfailkan kes baharu iaitu bercerai secara baik atau perbicaraan
kes tuntutan fasakh yang difailkan Nurliyana diteruskan
Nurliyana, 29, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai secara fasakh
terhadap Romie pada 1 Oktober tahun lalu mengikut Seksyen 53
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Nurliyana yang hadir kelihatan tenang sepanjang prosiding semalam
manakala Romie, 34, tidak hadir disebabkan masalah kesihatan.Sepanjang
perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki. (rtky/fr)
0 Komentar untuk "Akhirnya Romie Memilih Hanez Suraya Dan Mahu Cerai Cara Baik"