Anne Watson nampaknya berusaha membuktikan kalau dirinya adalah isteri yangsetia. Anne tetap berada di sampingan suaminya, meskipun lelaki tersebut telah bertukar menjadi seorang wanita. Pasangan itu pun memperbaharui janji per-
kahwinan mereka.
Barry dan Anne Watson berasal dari West Yorkshire, telah mendirikan rumah
tangga selama 9 tahun dan pasangan ini hanya berdiam diri seperti tidak ada
apa yang berlaku. Namun kali ini ada yang berbeza apabila keduanya mengu-
capkan janji perkahwinan lagi. Anne berkahwin dengan Barry yang telah meng-
ubah dirinya menjadi wanita bernama Jayne. Jayne atau Barry menceritakan,
sejak remaja dia memang merasakan ada kelainan pada dirinya yang lebih
kepada ciri-ciri perempuan. Barry mengaku suka memakai pakaian ibunya.
"Memakai baju saya lagi membuatku seperti terpenjara," katanya.
Apabila usianya semakin meningkat , Barry pun mula berani membeli sendiri
baju-baju wanita . Memakai pakayan wanita dan berkasut tinggi serta pergi
ketempat dimana tidak ada satu orang pun yang mengenali dirinya. Namun
Barry pada akhirnya tetap berusaha untuk menjadi seorang lelaki kerana dia
telah tertarik dengan seorang wanita yang bernama Anne Watson pada tahun
1995. Anne Watson adalah seorang janda yang baru bercerai dan dia juga mulai
jatuh cinta dengan Barry. Mereka akhirnya berkahwin pada tahun 2002. Meski-
pun begitu , di tengah kebahagiannya hidup bersama Anne , Barry masih berju-
ang mencari jati dirinya yang sebenarnya .
" Apabila Anne keluar rumah , aku akan berpakaian memakai skirt dan rantai
mutiara . Dia berbual di forum internet , aku pun bergambar seperti wanita",
kata Barry yang berkerja sebagai pemandu bas . Lama-kelamaan akhirnya
Anne dapat menghidu gelagat aneh dari suaminya . Wanita 53 tahun itu pun
bertanya terus kepada suaminya. Pada tahun 2008 akhirnya Barry mengakui
semua gelagat peliknya . " aku Mengatakan hal itu pada wanita yang aku cintai
bahawa aku ingin menjadi seorang wanita juga tidaklah mudah , " tambahnya
Pengakuan Barry tersebut tentu saja membuat Anne terkejut. Tetapi dia tidak
meninggalkan lelaki tersebut. Masa pertama kali melihat Barry mengenakan
baju wanita, hatinya seperti tersayat-sayat. Namun dia tetap mencintai Barry.
"Anne menerimaku apa adanya dan mencintaiku sebagai seorang wanita",
tutur Barry pada Sundy Mirror.
Dengan sokongan Anne, Barry yang sudah menukar namanya menjadi Jayne
mula mengambil hormon wanita. Hormon tersebut boleh membuat kulitnya lebih
halus dan mengurangkan bulu tubuhnya. Setelah Jayne mulai berubah menjadi
lebih anggun, pasangan tersebut memutuskan memperbaharui janji pernikahan
mereka pada tahun 2011.Sebelum upacara tersebut, mereka berbelanja membeli
baju bersama. "Orang mungkin berfikir aku aneh atau gila. Tapi yang terpenting
bagiku adalah Anne mencintaiku, "kata Jayne lagi.-http://isulagi.blogspot.com
0 Komentar untuk "TETAP SETIA WALAUPUN SUAMI TUKAR JANTINA"