Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR 15 April - Gara-gara menghendap seorang wanita di dalam
tandas, seorang lelaki warga Indonesia dihukum penjara lima bulan oleh Mah-
kamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap MohamadGunawan, 23, seorang pekerja kilang, selepas dia mengaku bersalah terhadap
pertuduhan itu dan diperintah menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh
ditangkap pada 4 April lepas.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara memanjat mangkuk tandas
untuk menghendap wanita itu di bilik tandas bersebelahan melalui ruangan atas
dinding di tandas wanita tingkat 3, bangunan Intermark Mall Management Office,Jalan Tun Razak, Wangsa Maju, di sini, pada 8 pagi, 4 April lepas.
Mengikut fakta kes, mangsa secara jelas nampak muka seorang lelaki sedang
mengintai dari bilik tandas sebelah dan memanggil tertuduh keluar dari bilik
tandas itu.
Apabila mangsa bertanya mengapa tertuduh memasuki tandas wanita itu, dia
memberi alasan tandas lelaki di bangunan itu penuh menyebabkan mangsa
menghubungi pihak pengurusan dan tertuduh ditahan.
Mohamad Gunawan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang
boleh dipenjara sehingga lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Dia yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya mahkamah
menjatuhi hukuman denda. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya
Nor Diana Nor Azwa. - BERNAMA
0 Komentar untuk "Lelaki Indonesia dipenjara intai wanita dalam tandas"