Suami Isteri Dera Anak Hingga Maut Di Tahan | Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun yang disyaki didera.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah, ibu mangsa, seorang suri rumah berusia 31 tahun ditahan bersama bapa tiri kanak-kanak itu, seorang pemandu teksi berumur 35 tahun, di rumah mereka di Pangsapuri Permai Ria, Tasik Permai, Ampang, pada 5.30 petang semalam.
Tambah beliau lagi, penahanan itu dibuat selepas polis menerima laporan kematian mangsa, Mohd Akir Rashidi, yang merupakan anak keempat daripada lima beradik, oleh bapa tirinya.
"Bapa tirinya dimaklumkan oleh ibu kanak-kanak itu bahawa mangsa tidak sedarkan diri pukul 1 tengah hari semalam sebelum dibawa ke Hospital Ampang.
"Hasil pemeriksaan doktor sahkan mangsa telah meninggal dunia, terdapat kesan-kesan lebam pada badan, kaki dan tangannya," katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
sumber
http://www.astroawani.com/news/show/suami-isteri-ditahan-disyaki-dera-kanak-kanak-enam-tahun-36662
ShareThis to the world!
Related Post
TM tawar khidmat percuma naik taraf internet < 1 / 1 > KUALA LUMPUR - Syarikat maklumat dan telekomunikasi bersepadu, Tele…
Insiden Larkin: Polis Telah Rakam Tidak Kurang Dari 15 Percakapan – KPN KUALA TERENGGANU – Susulan insiden ketika pertemuan pasukan JDT dan T Team Sabtu lalu. Ketua Polis Ne…
Jika Anwar kalah di Kajang, lupakanlah PRU14 Tony Pua < 1 / 1 > SUBANG JAYA - Pengerusi DAP Selangor Tony Pua hari ini menyifatk…
3 Beradik Makan Ibu Di Filipina Manila – Tiga beradik membunuh ibu mereka sebelum memakan organnya mentah-mentah selepas upacara diperca…
Krisis Thai: Wartawan kacak Jepun curi tumpuan Daijiro Enami < 1 / 1 > BANGKOK - THAILAND. Kehadiran seorang wartawan dari Jepun yang k…
0 Komentar untuk "Suami Isteri Dera Anak Hingga Maut Di Tahan"