Bekas mertua Jimmy Shanley, Datin Muniroh Kasim meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pengacara itu mengaitkan namanya selepas majlis pernikahan semalam.
Muniroh berkata, bekas menantunya itu tidak sepatutnya menyindir sesiapa pun apatah lagi kejadian itu berlaku pada hari bahagia Jimmy.
“Saya sebenarnya tumpang gembira selepas mengetahui Jimmy akan menikah lagi pada petang Jumaat lalu apabila dimaklumkan oleh wartawan.
“Saya sentiasa berdoa dia dan isteri akan bahagia hingga ke akhir hayat. Namun yang terkilan dan tidak puas hati kenapa kaitkan nama saya selepas majlis pernikahannya semalam.
“Sepatutnya selepas bergelar suami buat kali kedua, dia membuka lembaran baru dalam hidupnya dan pandang ke hadapan serta menganggap apa yang berlaku sebelum ini adalah pengalaman dalam hidupnya,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.
Semalam, pada sidang akhbar selepas majlis pernikahannya dengan Mariam Jamilah Abdul Jalil, Jimmy seolah-olah menyindir bekas mertuanya agar tidak lagi menjaja gossip kepada pihak media.
Jimmy juga sempat memberi amaran kepada jutawan kosmetik produk Natasya itu dengan berkata,”Datin Muniroh, watch out,’
Mengulas lanjut, Muniroh menafikan dia sering menjaja cerita buruk bekas menantunya itu kepada pihak media.
Jelasnya, ini kerana dia tidak mempunyai keperluan atau kepentingan untuk berbuat demikian kerana tidak memiliki masa dan sibuk dengan perniagaan.
“Saya pun pelik kenapa dia nak salahkan atau kaitkan saya lagi. Cakap saya tidak benar jumpa anak. Rumah saya sentiasa terbuka untuk dia datang bila-bila masa tengok anak dia. Malah saya pernah hantar Rania (anak Jimmy) ke rumahnya kerana Jimmy sibuk ketika itu.
“Malah setiap kali anak dia masuk hospital, saya sering maklumkan kepada Jimmy tapi ada dia datang melawat anak dia. Kalau datang pun, hanya lima minit, lepas itu balik. Kenapa macam tu? Kami bukan nak suruh dia bayar bil hospital pun,” katanya penuh kesal.
Muniroh turut berharap Jimmy tidak lagi mengaitkan namanya pada masa depan kerana tindakan itu tidak membawa faedah kepada mana-mana pihak.
“Saya pun malas lagi nak sebut nama Jimmy lagi dan harap jangan tanya saya lagi pasal dia. Yang penting, saya sentiasa doakan dia dan isteri bahagia hingga ke akhir hayat,” katanya serius.
Sementara itu, setelah menduda hampir dua tahun, Jimmy selamat bernikah dengan Mariam Jamilah, 26, pukul 6.20 petang di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor di semalam.
Sebelum ini, Jimmy, 34, pernah berkahwin dengan anak Muniroh, Nursuhaila Eliani Suhaimy pada 1 Oktober 2010.
Namun mereka hanya sempat melayari alam rumah tangga selama 20 hari sebelum tinggal berasingan.
Mereka sah bercerai pada 11 Oktober 2012 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Rania Shanley, 3 tahun, lapor MalaysiaGazette.
Sumber: http://isupanaz.blogspot.com/2014/06/datin-muniroh-watch-out-amaran-jimmy.html
0 Komentar untuk "Amaran Jimmy Shanley Untuk Bekas Mertuanya"