ShareThis to the world!

Hot! Senarai Artis Paling Ramai Pengikut Di Instagram





PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish meraih populariti luar biasa di laman sosial Instagram kerana menjadi artis paling ramai pengaruh apabila mempunyai pengikut tertinggi iaitu seramai 828,000 orang. 

Pemantauan rambang mStar Online pada Isnin sehingga pukul 4 petang mencatatkan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menduduki tempat kedua dengan memperoleh 622,000 pengikut.

Pelakon Lisa Surihani pula mempunyai 601,000 pengikut yang melayakkannya menduduki tempat ketiga.

Satu-satunya pelakon lelaki yang tersenarai antara lima teratas ialah pelawak Zizan Razak yang mempunyai pengikut seramai 589,000 orang.

Manakala tempat kelima diikuti oleh kekasih Zizan iaitu Emma Maembong dengan 588,000 pengikut.

Berdasarkan tiga artis yang tersenarai pilihan tertinggi, Nora banyak memuatkan gambar-gambar aktiviti hariannya termasuklah ketika penggambaran dan juga semasa melancong ke luar negara.

Dia juga tidak menyembunyikan hubungannya dengan Nedim Nazri iaitu anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz apabila turut memuat naik gambar mereka bersama.

Secara purata, setiap gambar yang dimuat naik Nora itu mendapat jumlah like daripada 15,000 hingga 30,000 orang.

Jumlah status (posts) yang dikongsi Nora setakat ini ialah sebanyak 5,563.

Siti Nurhaliza pula banyak mengabadikan aktiviti harian dengan memuat naik rakaman video ketika membuat persembahan, rakaman di studio, aktiviti riadah dan juga ketika di dapur.

Malah Siti turut berkongsi cerita masakannya dengan peminat dan juga makanan yang dipilih ketika sarapan.

Secara purata Siti mendapat lebih 15,000 like dan setakat ini telah memuat naik sebanyak 2,388 status.

Lisa Surihani pula menggunakan medium laman sosial itu dengan memuat naik pelbagai jenis gambar termasuklah pemandangan, aktiviti percutian bersama suami,dan juga gambar bersama rakan-rakan artis.

Tidak ketinggalan gambar di set penggambaran untuk dikongsi dengan peminat.

Lisa turut mengunakan Instagram miliknya dengan memasukkan rakaman video aktiviti-aktiviti terpilih.

Lisa berjaya mendapat jumlah like teritinggi melebihi 55,000 menerusi rakaman videonya. Pelakon ini telah memuat naik staus sebanyak 2,718.

Bagaimanapun jika dibuat perbandingan menerusi laman Twitter pula, Lisa antara artis paling popular dengan meraih 2.1 juta pengikut, Siti Nurhaliza (1.4 juta) dan Nora Danish (1.2 juta).


Berikut ini 15 senarai artis paling ramai pengikut di Instagram.

1. Nora Danish – 828,000 
2. Siti Nurhaliza – 622,000
3. Lisa Surihani – 601,000
4. Zizan Razak – 589,000
5. Emma Maembong – 588,000
6. Shila Amzah – 558,000
7. Scha Al-Yahya – 525,000
8. Fazura – 500,000
9. Elfira Loy – 493,094
10. Fasha Sandha – 438,000
11. Aaron Aziz – 419,000
12. Neelofa – 409,000
13. Nelydia Senrose – 403,000
14. Erra Fazira – 364,000
15. Nabila Huda – 357,000


Sumber: mStar
0 Komentar untuk "Hot! Senarai Artis Paling Ramai Pengikut Di Instagram"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info