Tahukah anda sejak kebelakangan ini ramai pendengar radio Hot FM melahirkan rasa kecewa, bengang dan tidak puas hati terhadap panggilan hangit yang telah dilakukan kepada isteri pemain bola sepak Terengganu, Nor Farhan Muhammad. Menariknya isteri Nor Farhan sepanjang menerima panggilan hangit tersebut ternyata tenang, tidak cuak dan tak marah-marah. Untunglah Nor Farhan dapat wife sebaik ini.
Ramai yang menyatakan panggilan hangit tersebut melampau kerana seorang wanita (orang Hot FM) mengatakan dia terlanjur dengan Norfarhan dan kini sedang hamil hasil hubungan terlarang itu. Kemudian wanita berkenaan mendakwa Norfarhan enggan bertanggungjawab dan wanita berkenaan turut memberitahu dia kini berdepan masalah dengan tekanan dari keluarga.
Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada kita. Nak buat gurauan sebegini memang boleh tapi kenalah tidak melampaui batas. Nasib baik isteri Nor Farhan tak percaya, kalau percaya memang berat jadinya. Tak gitu?
0 Komentar untuk "Hot FM Mohon Maaf Panggilan Hangit Nor Farhan"