ShareThis to the world!

Neelofa Sudah Putus Dengan Hans Isaac?

Yes!!!! Berita gembira untuk para jejaka di luar sana. Si jelita, Neelofa telah mengesahkan bahawa dirinya kini tiada lagi apa-apa hubungan dengan Hans Isaac. Hubungan mereka sudah tamat. Percintaan mereka sudah putus. Antara Neelofa dan Hans, tiada lagi ikatan percintaan. Marilah sama-sama kita menjerit yabedabedu tanda kegembiraan atas berita ini.
hans isaac
Sebelum ini Hans Isaac ada memaklumkan yang dia bakal berkahwin pada hujung tahun ini. Nampaknya bakal isteri Hans bukanlah Neelofa. Menerusi Harian Metro hari ini, Neelofa berkata:-
Saya tidak mahu terus dibayangi nama Hans Isaac dan memberikan harapan kepada sesiapa sedangkan hubungan kami sudah putus sejak awal Februari lalu.
Kami kini hanya kawan dan segala spekulasi mengenai bakal berkahwin hujung tahun adalah tidak benar sama sekali.
Justeru saya berharap tidak ada lagi cerita membabitkan soal cinta antara kami berdua.
hans isaac neelofa
Tidak diketahui punca perpisahan mereka, namun itu tidak penting. Yang penting Neelofa sudah kembali single. Jadi kepada jejaka di luar sana yang ada menaruh hati pada Neelofa, inilah peluang anda. Siapa cepat dia dapat. Hehehe.





sumber:beautifulnara.com
0 Komentar untuk "Neelofa Sudah Putus Dengan Hans Isaac?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info