Brasilia (Brazil): Argentina mara ke separuh akhir Piala Dunia buat pertama kali sejak 24 tahun lalu apabila menundukkan Belgium 1-0 di Estadio Nacional, awal pagi ini.
Gonzalo Higuain yang menjaringkan gol pertamanya dalam kejohanan ini merembat kencang dari hujung kotak penalti menewaskan Thibaut Courtois pada minit ke-8 selepas menerima hantaran Angel Di Maria.
"Saya gembira gol itu datang pada masa yang penting. Setelah sekian lama kami berjaya ke separuh akhir dan kini kami perlu bekerja keras untuk ke perlawanan akhir," kata Higuain yang kemarau gol sejak enam perlawanan lalu.
Belgium cuba mengasak dan melakukan beberapa percubaan namun tidak banyak mengancam penjaga gol Argentina, Sergio Romero pada babak pertama.

Masuk babak kedua, gandingan Kevin Mirallas dan Marouane Fellaini berusaha untuk mencari gol penyamaan namun kelibat perancang tengah, Eden Hazard kurang menyerlah menyebabkan Belgium hilang rentak serangan.
Argentina hampir menambah gol menerusi Lionel Messi dan Higuain yang beberapa kali menggelecek melepasi pemain Belgium namun rembatan ke arah gawang tersasar.
"Ini adalah anugerah terindah untuk skuad, staf teknikal, rakyat Argentina dan juga keluarga kami. Secara keseluruhan ia adalah persembahan yang baik dan seimbang," kata jurulatih Argentina, Alejandro Sabella mengenai persembahan anak buahnya.
ARGENTINA: Sergio Romero; Pablo Zabaleta, Martin Demichelis, Ezequiel Garay, Jose Maria Basanta; Angel Di Maria (Enzo Perez, 33'), Javier Mascherano, Lucas Biglia; Lionel Messi, Gonzalo Higuain (Fernando Gago, 81'), Ezequiel Lavezzi (Rodrigo Palacio, 71').
BELGIUM: Thibaut Courtois; Toby Alderweireld, Daniel Van Buyten, Vincent Kompany, Jan Vertonghen; Kevin De Bruyne, Axel Witsel, Marouane Fellaini, Eden Hazard (Nacer Chadli, 75'); Kevin Mirallas (Dries Mertens, 60'), Divock Origi (Romelu Lukaku, 59').
PENGADIL: Nicola Rizzoli (ITA)

sumber:hmetro.com
0 Komentar untuk "Badi 24 tahun berakhir: Argentina Mara ke Separuh Akhir"