ShareThis to the world!

KEMASKINI : Pihak Berkuasa Algeria Sahkan AH5017 Terhempas

KEMASKINI Pukul 9.33 malam
Pesawat Air Algerie yang kira-kira enam jam tadi terputus hubungan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Algeria dilaporkan terhempas.
Agensi berita Reuters memetik sumber dari pihak berkuasa berkenaan yang mengesahkan kejadian itu.
“Saya boleh mengesahkan bahawa pesawat itu sudah terhempas,” katanya sumber memetik laporan Reuters.
Bagaimanapun, pihak Algeria enggan mendedahkan lokasi pesawat berkenaan terhempas mahupun punca nahas itu.
Pesawat berkenaan membawa 110 orang penumpang dan enam anak kapal sedang dalam penerbangan dari Burkina Faso ke Algiers.
KEMASKINI Pukul 6.44 petang
Sebuah syarikat penerbangan swasta Swiftair hari ini turut memaklumkan bahawa pihaknya terputus hubungan radar dengan sebuah pesawatnya yang digunakan oleh syarikat penerbangan Air Algerie yang membawa 110 orang penumpang dan enam anak kapal.
Dalam satu notis dipaparkan di laman webnya, syarikat itu berkata pesawat itu berlepas dari Burkina Faso pada pukul 1.17 pagi waktu tempatan dan sepatutnya mendarat di Algiers, Algeria pada pukul 5.10 pagi tetapi pesawat itu tidak tiba.
Menurut laman twitter AirLiveNet, pesawat AH5017 merupakan jenis pesawat buatan syarikat McDonnell Douglas jenis MD-83 dan diangarkan berumur 18 tahun pada tahun ini.
Terdapat laporan bahawa kawasan Burkina Faso ketika pesawat Air Algerie itu hilang mengalami cuaca buruk.
Pesawat MD-83 itu menggunakan nombor pendaftaran ekor EC-LTV dan ia disewakan oleh syarikat penerbangan swasta SwiftAir kepada Air Algerie.
Laporan Awal
Pihak berkuasa penerbangan Algeria mendakwa telah terputus hubungan dengan pesawat Air Alegrie yang sedang dalam penerbangan dari Ouagadougou di Burkina Faso ke Algiers.
Pesawat itu dilaporkan hilang kira-kira 50 minit berlepas, memetik laporan media Reuters.
Sementara itu, agensi berita APS yang turut melaporkan kejadian itu memaklumkan tiada jumlah penumpang yang diberikan yang menaiki pesawat AH5017 itu. 







sumber: MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "KEMASKINI : Pihak Berkuasa Algeria Sahkan AH5017 Terhempas"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info