Mayat Andrew Wung Boon Liong, 38, ditemui dalam keadaan tertiarap atas tilam bilik tidurnya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa tinggal seorang diri dan kematiannya hanya disedari jiran yang terhidu bau busuk.
"Mangsa dipercayai mati kira-kira tiga hari lalu dan kita terpaksa memanggil bomba untuk membuka pintu yang dikunci.
"Setakat ini kita masih menunggu laporan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
"Setakat ini kita masih menunggu laporan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
sumber:mymtero.com
0 Komentar untuk "Mati tertiarap di bilik tidur"