ShareThis to the world!

Peluru lekat di dahi

Banting: Tiga lelaki ditahan selepas mencederakan seorang lelaki dengan menggunakan senapang angin dalam kejadian di Jalan Jugra, di sini, petang semalam.
Menurut sumber, mangsa yang berusia 31 tahun cedera di bahagian dahi akibat tembakan dilepaskan seorang daripada tiga suspek terbabit.
Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, mangsa bersama adik iparnya menaiki sebuah kereta sebelum dikejutkan dengan kejadian itu.

"Mangsa duduk di bahagian penumpang belakang sebelah kiri kereta Honda City dipandu adik iparnya sebelum terdengar bunyi seakan-akan letupan.
Foto

"Sebaik menoleh ke belakang, pemandu kenderaan itu mendapati mangsa mengalami kecederaan dengan peluru di dahinya dan terus ke Hospital Banting untuk rawatan," katanya.

Mangsa masih dirawat di Hospital Banting dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan ketiga-tiga suspek berusia antara 24 hingga 34 tahun itu ditahan.

Menurut beliau, polis turut merampas senapang angin buatan sendiri yang disyaki digunakan dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata.

Difahamkan, polis melakukan serbuan di sebuah premis perkhidmatan ekzos berdekatan kawasan kejadian.

Dalam serbuan itu, polis menemui selaras senapang angin termasuk beberapa komponen membuat senjata itu manakala tiga suspek yang ditahan untuk membantu siasatan adalah pemilik premis dan dua pelanggan.

Related Post

  • ‘Bukan makan angin’ Sepang: “Kalau nak (hendak) makan angin lebih baik saya tak payah pergi Antartika....nak beli apa, nak beli penguin....…
  • Pelakon ugut bunuh Kangar: “Saya fobia dan takut dicederakan selepas pelakon terbabit sanggup mengugut untuk membunuh saya di da…
  • PRK Kajang pada 23 Mac PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebentar tadi menetapkan tarikh penamaan calon bagi N25 Kajang pada 11 Mac man…
  • Ibu, teman lelaki didakwa Dungun: Teman lelaki kepada ibu kanak-kanak perempuan dua tahun yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah kosong di Pak…
  • Mayat hidup semula Kuala Lumpur: “Ketika saya tersedar, di kiri dan kanan saya ada seorang doktor dan beberapa jururawat untuk melakukan b…
0 Komentar untuk "Peluru lekat di dahi"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info