ShareThis to the world!

Awie: Perempuan Gila Mana Yang Nakkan Saya?




WALAUPUN mengakui dirinya memerlukan kehadiran seorang wanita di dalam hidupnya, namun penyanyi rock popular, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman khuatir sama ada adakah wanita di luar sana dapat menerima kehadiran lima anaknya hasil perkahwinan terdahulu.
“Pengganti? Saya ada lima anak sekarang ini. Perempuan gila mana yang nakkan saya? Mungkin ada, tapi boleh tak dia sayangkan anak-anak saya yang lima orang ni. Dengan lima orang anak ini adakha mereka sanggup sayang anak saya. Nak jaga anak saya yang lima ornag itu bukan senang. Mampukah mereka menjaganya?”, katanya memetik portal Rotikaya.
Awie berdepan masalah rumahtangga dengan isterinya, Rozana Misbun dan dia telah diberi hak penjagaan sementara tiga anak mereka iaitu Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.
Dua lagi anak Awie iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, hasil perkahwinannya dengan Arni Nazira turut dijaga sendiri oleh penyanyi berusia 46 tahun itu. - MYNEWSHUB.CC
awie
Oleh: AUDREY LEE
0 Komentar untuk "Awie: Perempuan Gila Mana Yang Nakkan Saya?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info