ShareThis to the world!

Justin Bieber Bermesra Dengan Wanita Lain



BARU saja menjalinkan semula hubungan cinta dengan Selena Gomez, Justin Bieber dikatakan beralih arah kepada wanita lain pula.

Menurut laporan Dailymail, Justin telah menghabiskan masa dengan seorang wanita yang tidak dikenali identitinya di sebuah kelab di Paris Khamis lalu.

Meskipun pihak media tidak sempat merakam foto mereka, Justin dilihat begitu mesra dan romantis dengan wanita tersebut.

Bagaimanapun kedua-dua mereka berjalan berasingan apabila keluar dari kelab tersebut.

Sehingga kini, tiada sebarang pengesahan mengenai identiti wanita itu serta kebenaran berkenaan dengan hubungan yang dijalinkan itu.


sumber:mstar online

0 Komentar untuk "Justin Bieber Bermesra Dengan Wanita Lain"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info