NAMA Miera Liyana sebelum ini pernah hangat diperkatakan setelah aktres muda
ini tampil berani memakai gaun labuh yang mendedahkan sebahagian payudaranya.
Bagaimanapun isu berkenaan telah lama berakhir dan gadis berusia 21 tahun ini
sudah berjanji untuk mengambil iktibar agar berpada-pada dalam berpakaian.
Namun terbaru, Miera atau nama sebenarnya Miera Liyana Kasmi sekali lagi tampil
Namun terbaru, Miera atau nama sebenarnya Miera Liyana Kasmi sekali lagi tampil
mengejutkan media yang hadir menyaksikan filem terbaru lakonannya, Dendam
Orang Mati. Bukan sahaja kerana filem itu seram, tetapi kerana aksi berani dan
‘daring’ Miera dalam menjayakan wataknya sebagai Min.
Antara babak tersebut melibatkan Miera memakai baju mandi dan adegan di atas
Antara babak tersebut melibatkan Miera memakai baju mandi dan adegan di atas
katil bersama Fizz Fairuz.
“Sejujurnya saya memang berat hati untuk menjayakan babak tersebut, tapi bila
“Sejujurnya saya memang berat hati untuk menjayakan babak tersebut, tapi bila
saya fikir ia hanyalah untuk memenuhi karakter sahaja. Apatah lagi setelah diyakinkan
pengarah (Jason Chong) bahawa babak itu dirakamkan dari jauh (wide shot) dan
kemudian akan disunting, jadi saya bersetuju untuk lakukan.
“Malah saya tak rasa diri saya dieksploitasi, kerana saya anggap ia satu cabaran
dan sebagai pelakon saya hanya menjalankan tanggungjawab saya seperti yang
dikehendaki pengarah dan skrip,” katanya
Ujar Miera, dia tidak menyesal menjayakan babak tersebut, namun sekiranya ada
Ujar Miera, dia tidak menyesal menjayakan babak tersebut, namun sekiranya ada
filem atau drama yang memerlukan dia berpakaian sebegitu lagi, dia akan menolak.
“Saya boleh katakan ia adalah lakonan paling ‘daring’ saya dan biarlah ia jadi
“Saya boleh katakan ia adalah lakonan paling ‘daring’ saya dan biarlah ia jadi
lakonan pertama dan terakhir saya untuk aksi seperti itu. Dan saya juga sudah
bersedia menerima apa jua kritikan kerana saya bukan boleh puaskan hati semua
orang,” katanya.
Turut diterajui oleh Lisa Surihani, Dendam Orang Mati mengisahkan misteri Lena
Turut diterajui oleh Lisa Surihani, Dendam Orang Mati mengisahkan misteri Lena
yang tersedar dari koma selama dua tahun dan hilang ingatan akibat kemalangan.
Filem ini bakal menjengah seluruh pawagam tanah air mulai 23 Oktober 20
SUMBER:http://funstimes.blogspot.com/2014/10/luahan-hati-miera-liyana-selepas.html
0 Komentar untuk "Luahan Hati Miera Liyana Selepas Terpaksa Tayang Payudaranya Dalam Filem"