ShareThis to the world!

Man Bai: Lelaki Itu Skandal Isteri Saya




SEBELUM ini Memang pernah menulis mengenai Man Bai yang berang dengan seorang lelaki dari Singapura yang dikatakan menganggu serta sering menghantar gambar-gambar yang tidak senonoh kepada isterinya.
Malah penyanyi yang popular dengan lagu Kau Ilhamku itu turut memuat naik foto lelaki tersebut di laman sosialnya baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Man Bai mengakui lelaki yang dimaksudkannya itu merupakan skandal isterinya yang dijalin sejak 2008 lagi.

Namun, perbuatan kedua-duanya kantoi pada 2012 dan selepas itu mereka menghentikan perhubungan selepas Man Bai memberi amaran kepada lelaki terbabit dan juga isterinya.

“Saya pernah beri amaran kepada dia sebelum ini, tapi nampaknya dia benar-benar mahu mencabar saya. Semua bukti saya sudah kumpul dan saya akan bawa ke pihak berkuasa dalam sehari dua.

“Lelaki itu pernah memikat dan menjalin hubungan dengan isteri saya di FB sekitar 2008 sehingga 2012. Apabila saya dapat hidu perbuatan mereka berserta bukti pada 2012, saya beri amaran kepada lelaki itu dan isteri untuk menghentikannya.

“Selepas itu keadaan okey tapi pada minggu lalu saya dapat kesan lelaki yang sama muncul semula di FB dan menjalin hubungan dengan isteri saya. Cuma kali ini dia guna identiti palsu untuk mengaburi mata saya. Saya tak bodoh dan akhirnya dapat juga kesan dia lelaki yang sama.

“Keadaan semakin melampau dan saya tak akan berlembut lagi kali ini. Saya sudah ada semua bukti dan akan bawa perkara ini ke tengah.

“Saya sedar dan akui ramai yang bercakap kalau bertepuk sebelah tangan tak mungkin hal ini jadi melarat tapi orang luar hanya boleh buat tanggapan masing-masing. Cerita sebenar, hanya saya dan isteri saja yang tahu. Kalau boleh saya mahu pertahankan dan pulihkan semula keadaan,” jelasnya panjang lebar memetik Harian Metro.

Hmm, makin rumit kisah ni apabila satu persatu mula dibongkar, diharapkan ketiga-tiga pihak yang terlibat dapat bersemuka dan berbincang dari hati ke hati agar perkara ini tidak berpanjangan sehingga memberi kesan buruk kepada rumah tangga Man Bai yang telah dibina selama 23 tahun.
man bai1
Oleh: AUDREY LEE
0 Komentar untuk "Man Bai: Lelaki Itu Skandal Isteri Saya"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info