Seorang lelaki berusia 36 tahun telah dibelasah orang kampdpufung selepas ditangkap ketika meragut beg tangan milik remaja 17 tahun di tepi jalan besar berhampiran Simpang Stadium Mini Pengkalan Nangka, Tumpat awal pagi tadi.
Kejadian yang berlaku sekitar 8.30 pagi itu, mangsa menunggang motosikal seorang diri di kawasan tersebut sebelum dihampiri seorang lelaki tidak dikenali yang mengayuh basikal.
Ketua Polis Daerah Tumpat Supritendan Zaharuddin Rasip menyatakan lelaki berkenaan meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam raga motosikal dan mangsa diugut akan dicederakan.
“Namun, mangsa sempat meminta bantuan orang kampung yang mengejar suspek dan dia berjaya ditahan di tepi jalan besar dekat simpang Stadium Mini.
“Turut ditemui bersamanya adalah beg tangan remaja terbabit yang mengandungi kad pengenalan mangsa, telefon bimbit Nokia dan wang tunai berjumlah RM200,” katanya.
Ketika polis tiba di tempat kejadian, suspek lelaki itu cedera dipercayai ketika bergelut dengan orang kampung dan dia dihantar ke Hospital Tumpat untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Menerusi gambar yang tersebar dalam laman sosial, suspek dipercayai telah dibelasah orang kampung manakala seluarnya ditanggalkan.
- See more at: http://katakcomel.my/padah-ragut-beg-tangan-remaja-seluar-ditanggalkan/#sthash.i0srbMkr.dpuf
0 Komentar untuk "Padah Ragut Beg Tangan Remaja, Seluar Ditanggalkan "