ShareThis to the world!

CCTV MERAKAM HANTU...LIHAT VIDEO INI..JANGAN TENGOK KALAU PENAKUT



SIAPA yang tidak pernah ada pengalaman diganggu benda mistik pastinya sukar untuk mempercayai kewujudan makluk halus mahupun hantu bukan?
Walau bagaimanapun, sebuah video ‘berhantu’ yang mula tersebar di Singapura ini pasti akan membuatkan bulu roma anda semua berdiri.
Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), insiden mistik itu menunjukkan kerusi di sebuah bar yang terletak di Chinatown itu telah bergoyang dan jatuh dari kedudukan asalnya.
Dua orang lelaki dan seorang pelayan di bar itu kelihatan bingung dan pelik dengan kejadian tersebut sebelum meletakkannya kembali di kedudukan asal.
Kejadian misteri itu juga telah membuatkan orang ramai tertanya-tanya mengenai satu entiti misteri seperti kanak-kanak yang muncul dan berlari di belakang dua orang lelaki terbabit.
1
Rata-rata netizen tidak mempercayai kejadian tersebut dan menyifatkan perkara itu sengaja direka-reka sempena sambutan Halloween.
Namun begitu, ada segelintir daripada mereka yang cuba berfikiran logik dan menyatakan kanak-kanak tidak dibenarkan ke tempat sedemikian.
Jadi, semua itu terserah kepada kepercayaan masing-masing sama ada untuk mempercayainya atau tidak. – MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "CCTV MERAKAM HANTU...LIHAT VIDEO INI..JANGAN TENGOK KALAU PENAKUT"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info