ShareThis to the world!

JOM LIHAT GAMBAR WANITA SADO HINGGA MENAMPAKKAN SESUATU YANG TIDAK SEPATUTNYA...


TREND berbadan sado dan tegap kini semakin mendapat perhatian dan popular di kalangan anak lelaki zaman ini.
Badan serta tangan yang berotot bukan sahaja menunjukkan seseorang itu kuat serta gagah malah trend itu juga kini sudah menjadi sesuatu kepentingan untuk tampil dalam bidang peragaan.
Tubuh badan yang sasa ini juga membuatkan seseorang lelaki itu tampak lebih tampan dan menawan.
Walau bagaimanapun, tampil dengan fizikal sado dan sasa ini sebenarnya turut menarik perhatian segelintir kaum hawa.
Lihat sahaja penampilan Rene Campbell ini, wanita berusia 38 tahun ini menyatakan dirinya semakin berkeyakinan jika otot badannya lebih besar.
W22
Rene yang juga seorang ahli bina badan memberitahu dia mula tertarik untuk berbadan sado ini selepas hadir menyaksikan pertandingan bina badan satu ketika dahulu.
Wanita itu terpesona dan terpukau sewaktu ahli bina badan tersebut berjalan memasuki gelanggang dan dia merasakan badan seperti itu melambangkan kekuatan dan kuasa dalam dirinya.
Bekas atlet Triathlon (gabungan 3 sukan lari jarak jauh, berenang dan berbasikal) itu sebelum ini memiliki tubuh badan yang biasa sama seperti wanita lain.
W1
W
Namun, demi mendapatkan tubuh badan yang diidamkan itu, dia mula menjadi seorang biorexic iaitu seseorang yang sangat berdedikasi untuk membesarkan badannya dengan cara pemakanan dan latihan yang sewajarnya.
Rene juga mengakui sebelum ini dia merupakan seorang yang sangat pemalu tetapi dengan tubuh badannya yang sebegini, dia tampil lebih berkeyakinan! – Agensi/MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "JOM LIHAT GAMBAR WANITA SADO HINGGA MENAMPAKKAN SESUATU YANG TIDAK SEPATUTNYA..."

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info