ShareThis to the world!

WARTAWAN DILANGGAR KETIKA SIARAN LANGSUNG?? APA BELAKU SETERUSNYA?? LIHAT GAMBAR INI



SEMEMANGNYA kerjaya sebagai seorang wartawan sangat mencabar dan berisiko.
Mereka yang tidak tahu bagaimanapun, beranggapan bahawa bidang kewartawanan dan media lazimnya hanya mengejar populariti semata-mata.
Namun, ramai yang tidak sedar bahawa kerjaya menyampaikan berita dan isu semasa kepada orang ramai itu satu perkara yang susah dan kadangkala perlukan pengorbanan.
Video seorang wartawan sukan dilanggar sebuah kereta ketika bersiaran langsung sempena perlawanan bola sepak antara Chivas dan Club America yang tersebar ini antara contohnya.
wm22
David Medrano Mora yang membuat lintas langsung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Guadalajara, Mexico hilang dari lensa kamera sebelum sempat memberikan info terkini mengenai perlawanan tersebut.
Pembaca berita, Aldo Sanchez yang berada di studio terkejut dengan kejadian itu sebelum difahamkan, David telah dilanggar kereta namun tidak mengalami kecederaan yang serius.
Walau bagaimanapun, Aldo nyata bijak mengendalikan situasi apabila segera memberitahu penonton mereka akan memberikan info terkini selepas rakan sejawatnya kembali. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "WARTAWAN DILANGGAR KETIKA SIARAN LANGSUNG?? APA BELAKU SETERUSNYA?? LIHAT GAMBAR INI"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info