ShareThis to the world!

Hanez Suraya Dimaki Peminat Kerana Tidak Balas Mesej

Gara-gara tidak membalas mesej daripada seorang peminat, aktres jelita Hanez Suraya telah dimaki oleh peminatnya di laman sosial dengan kata-kata kesat dan mendakwa pelakon “Autumm Di Hatiku” itu hanya melayan pengikut lelaki.
“Ada peminat ‘meroyan’ sebab dia tengok Hanez membalas pesanan seorang lelaki, jadi dia ingat Hanez hanya melayan mesej peminat lelaki. Dia tidak memeriksa terlebih dulu siapa orang itu, sebaliknya terus marah-marah sebab Hanez tidak membalas pesanan daripadanya,” ujarnya seperti dipetik dari Hip.
Tambah Hanez lagi, selepas dia ternampak ‘tweet’ tersebut yang mengandungi kata-kata kesat tersebut, dia hanya membalas dengan perkataan ‘bahasa jiwa bangsa’.
Sementara itu, Hanez berkata, kejadian seperti ini boleh dijadikan sebagai satu pengajaran berguna untuk dirinya dan tidak melenting atau melatah sebaliknya mendiamkan diri.
“Hanez tak layan sangat orang macam ini. Pada masa sama, Hanez sendiri tidaklah sampai nak melenting, cuma sedikit kecewa saja. Hanez buat tak layan sebab kalau layan nanti, lain pula jadinya.
“Orang macam ini sebenarnya inginkan perhatian saja. Apa yang berlaku biarlah menjadi pengajaran supaya Hanez lebih berhati-hati dan tahu macam mana nak berdepan dengan peminat sebegini kelak,” akhirinya.
sumber:mummynemo.com
0 Komentar untuk "Hanez Suraya Dimaki Peminat Kerana Tidak Balas Mesej"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info