ShareThis to the world!

Deepika Padukone ujibakat untuk "Fast & Furious 7"


Desas-desus mengatakan beberapa pelakon wanita Bollywood popular, termasuk bintang "Chennai Express" Deepika Padukone baru-baru ini telah menjalani sesi ujibakat untuk menyertai filem terbaru Hollywood, "Fast and Furious 7".

Menurut laman sesawang Motoroids, sumber dalam industri memberitahu bahawa penerbit dan pengarah francais "Fast & Furious" sedang mencari seorang aktres Bollywood untuk melakonkan watak seorang pakar sains dan teknologi.

Tambah sumber itu lagi, "Deepika merupakan pelakon pertama yang diujibakat sebelum dia memulakan cutinya. Tidak lama lepas tu, Kangana Ranaut dan Chitrangada Singh turut datang untuk mencuba nasib. Pihak produksi mahu dapatkan lebih banyak pilihan untuk filem tersebut, yang akan ditayangkan tahun hadapan."

Sekuel kepada "Fast & Furious 6" itu bakal dilancarkan pada 7 Julai 2014 dan diarahkan oleh pengarah filem "Insidious", James Wan.

sumber:Tupai.com
0 Komentar untuk "Deepika Padukone ujibakat untuk "Fast & Furious 7""

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info