ShareThis to the world!

Ulasan "KL Zombi"


BINTANG

Keseluruhan: 3.5 bintang
Pelakon: 3.5 bintang
Plot: 3.5 bintang
Efek: 4 bintang
Sinematografi: 4 bintang

Tonton filem ini jika anda suka "Tolong Awek Aku Pontianak", "Ngangkung"

"KL Zombi", sebuah filem adaptasi daripada novel Fixi karya Adib Zaini berjudul "Zombijaya" ini dianggap sebagai filem zombi pertama negara yang lengkap dengan tatarias dan efek yang setanding dengan taraf filem antarabangsa. 

Pengarah Woo Ming Jin yang pernah mengarah "Salon" (2005) mempunyai misi untuk menjadikan filem "KL Zombi" sebagai penanda aras baru filem tempatan. Malah filem terbitan Grand Brilliance ini telah memilih pakar solekan kesan khas lebih 20 filem seram, Ella Sandera untuk memastikan zombi-zombi disolek mengikut watak dan kehendak skrip. 



Ia mengisahkan lima sekawan yang mempunyai impian tersendiri, tetapi semuanya menjadi porak-peranda apabila sejenis wabak merbahaya yang menukar manusia kepada zombie merebak di sekitar Kuala Lumpur. Seorang pemuda, Nipis (Zizan Razak) terpaksa bertarung nyawa demi menyelamatkan diri serta rakan-rakannya. 

Jika ramai yang mempunyai tanggapan pertama bahawa filem ini bosan dan klise, abaikan sahaja tanggapan anda itu kerana ia ternyata meleset. Set yang dibina kelihatan seperti sebuah bandar kucar-kacir dan terbiar, ala-ala drama bersiri "The Walking Dead" atau filem "Zombieland". 



"KL Zombi" turut mempertaruhkan barisan pelakon yang mempunyai nama dalam industri hiburan tempatan seperti Izara Aishah, Siti Saleha, Zain Hamid, Faezah Elai, Iedil Putra, Shy8, Azhan Rani selain daripada Zizan sendiri. 



Sebagai peneraju filem, Zizan yang merupakan seorang pelawak berjaya menjiwai wataknya dengan bersahaja. Seperti filem-filemnya yang lain, ramai yang pasti terhibur dengan lakonannya serta komedi yang terselit. 

Secara keseluruhannya, "KL Zombi" merupakan sebuah naskah ringan kepada penonton dan ianya pasti tidak akan mengecewakan anda.



sumber:Tupai.com
0 Komentar untuk "Ulasan "KL Zombi""

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info