ShareThis to the world!

Cara Nur Fathia Bergurau Dengan Aiman Hakim




Baru-baru ini, aktor tinggi lampai Aiman Hakim Ridza khabarnya telah bertindak menengking kekasihnya, pelakon Nur Fathia di khalayak ramai selepas ada terbaca satu komen peminat di internet tentang mereka berdua. 

Nur Fathia yang ditemui media baru baru bagaimanapun menafikan yang komen peminat itu ada menjejaskan hubungan mereka berdua selain turut menafikan yang Aiman ada memarahi beliau di hadapan orang ramai seperti yang didakwa sesetengah pihak. 

“Aiman tak pernah menengking saya di hadapan orang ramai dan saya kesal dengan tuduhan itu. Kami selalu bergurau dan adakalanya tampak kasar tapi itulah cara kami. Mungkin ada yang menilai perbuatan itu seperti kami bergaduh besar,” jelasnya. 

“Kami masih bersama dan hubungan kami tiada masalah, cuma kalau ada pun ia lumrah dalam bercinta. Mungkin selepas ini, kami akan lebih berdiam diri dan tidak terlalu terbuka berkongsi cerita cinta lagi memandangkan timbul pula kisah kurang enak mengenai kami,” tambah Nur Fathia lagi yang kini bergelar duta baru Pantene. 
















Sumber: http://www.suara.tv/?p=13485
0 Komentar untuk "Cara Nur Fathia Bergurau Dengan Aiman Hakim"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info